Pages

March 02, 2016

Mana nak mula baiki diri ni?

"Allahu.. Apa yang aku dah buat dengan hidup aku selama ni..Takkan aku nak terus hidup macam ni? Bangun makan tido bangun makan tido. Dah macam serupa dengan lifestyle kucing aku tu  je."

*ketukk ketakk ketukk ketakk* 
(Google quotes, life quotes, muslim quotes, motivational quotes.)

"Be better than you were yesterday."

Uish cliche tapi boleh tahan deep jugak ayat ni. Memang macam direct dekat aku je. Rasanya aku, hari-hari same je kot. Baik pun tidak, jahat pun tidak. Tapi aku bukannya kacau orang pun? Hmm. Tapi sampai bila nak macam ni. Fizikal makin tua tapi tahap aku setakat tu je lah sampai bila. Ish tak nak tak nak. Ini harus diubah!

*Genggam tangan*
YEAAAAAAAAAAH!

tapi..... nak buat apa ni?

Yea! Itu dia monolog yang sangat mantap oleh penulis kita... Tepuk tangan la sikit.. Sikit lagi.. Haa ok dah. Cukup. Ramai kan dekat luar sana yang alami situasi macam adik pelakon kita dalam situasi tadi? Nak suruh angkat tangan siapa yang pernah rasa tapi tak payah. Masing-masing tepuk dada tanya hati. So, apa kita nak buat ni? Nak improve diri, orang kata mula dari apa yang kita kurang. Tapi kita manusia, dik. Yang kurang dalam diri ni bukan 2, 3 je. Beribu jugak la kalau nak list pun kan? Habis tu, dalam seribu tu, nak mula yang mana? Haaaaa jangan risau. Semua Islam dah atur cantik dah. Setel. Tak serabut otak. Kita panggil "MUWASAFAT TARBIYAH" by Imam Hassan Banna.

atau dalam bahasa kita, "Ciri Pribadi Muslim"



1. Aqidah yang bersih (Saliimul Aqidah)

     Aqidah yang bersih. Maksudnya, kita betulkan diri kita, mula daripada kepercayaan kita dan pergantungan kita kepada Allah. Dengan memperbetulkan kita, Insyaallah kita rasa Allah dekat dengan kita, sentiasa jaga kita. Kenapa? Sebab kita percaya Allah lah yang menentukan segala sesuatu. Setiap baik buruk yang berlaku selepas ni, Insyaallah kita percaya semuanya bawah kawalan Allah dan pasti ada hikmahnya. Insyaallah kita jadi semakin kuat untuk improve diri kita. Majulah kita untuk Agama! Maju! Oops over.

2. Ibadah yang benar (Saheehul Ibadah)

     Ibadah yang benar. Teruskan beribadah, sambil tu sentiasa belajar. Dalam ibadah kita, especially Solat 5 Waktu kita, susah nak perfect. Percayalah, ada je yang boleh baiki. Tertib, sunnah, khusyuk, ikhlas, macam-macam lagi aspek yang kita boleh baiki. Dalam mencari-cari kebenaran tu, hati-hati. Cari di source yang betul. Jangan ingat apa yang awak Google tu sahih belaka. Lagi-lagi di zaman penuh fitnah ni. Haruslah kita sentiasa berwaspada dengan setiap satu butiran yang kita terima. Tu diaa. Sentiasa mencari, terus mencari. Tapi jangan terus percaya. Balik kepada Al-Quran dan Sunnah. Insyaallah. Minta Allah guide kita. Insyaallah.

3. Akhlak yang kukuh (Matinul Khuluk)

     Akhlak yang kukuh. Tak perlu cakap banyak yang ni. Sebab memang kita tahu, akhlak terpuji ni, kalau cakap memang senang, nak buat yang payah. Tu haa. Sunnah Rasulullah tu banyak. Cuba amalkan satu selama seminggu. Pastu, dah rasa dah selesa, tambah lagi satu sunnah baru. Lama-lama, Insyaallah bertambah baik akhlak kita. Rasulullah SAW kan contoh akhlak terpuji. Tapi masa ni lah syaiton duk bisik dkt kita "Tak payah nak ajet alim la. Kau tu dosa belambak. Nak berlagak macam malaikat." ZASS! Kau tepis je kata-kata or bisikan-bisikan tu. Syaitonn belaka. Sebab tu lah akidah tu kita mantapkan dulu dekat point nombor satu tadi. Supaya kita tahu kita struggle berubah untuk siapa. Allah yang Maha Mengetahui.
 
     Syaiton tu x dapat hasut kau tadi, dia ada cara lain. Mula lah dengar suara, "Eh kau tengok budak tu, x puasa sunat pun. Teruk betul. Memang da xde harapan dah dia tu. Solat pun ntah lintang pukang. Astaghfirullah. Apa nak jadi ni." ZASS! Kau kene tepis bisikan syaitonirrojim ni. Bahaya yang bahaya. Yang ni ramai orang x perasan rasa diri bagus. Kita x boleh rasa diri kita bagus walau sedikit pun. Sebaik mana pun kita sekarang, takde jaminan kau akan mati dalam iman. Allahu. Allahu. Mungkin kawan yang kau hina tu boleh jadi lebih mulia di sisi Allah. Allahu.

4. Kekuatan Jasmani (Qawiyyul Jismi)

     Eh? Kekuatan jismi ni bukan ke kekuatan tubuh badan? Apa kene mengena dgn Muslim? Muslim kan duduk diam-diam, pakai serban pakai jubah duduk masjid? Haha siapa kata? Tengok balik kisah-kisah nabi, kisah-kisah para sahabat. Duduk masjid 24 jam ke? Habis tu yang pergi perang tu siapa? Yang pergi perang tu, takkan la yang lemah-lemah. Sado tuuu.. Banyak sirah tentang kekuatan Nabi dan para sahabat. Boleh search nanti-nanti.

5. Intelek dalam berfikir (Mutsaqqaful Fiqr)

     Yang ni. Wahyu pertama pasal apa? 'Iqra'', bacalah. Haa jelas dah Allah galakkan kita baca. Allah perintahkan Nabi baca.
"Aku dah terer dah bab ni. Hari-hari baca buku. Budak medik kan.." Eh eh eh. Baca tu bukan baca medik awak tu. Baca sesuatu diluar bidang awak. Someone wise once said "Muslim sepatutnya cari masa baca buku di dalam kesibukan. Bukan baca buku di masa lapang." Another someone wise once said, "Muslim sepatutnya tak lena tidur kalau tak baca sesuatu pada hari itu."

6. Melawan hawa nafsu (Mujahidun Li Nafsih)
7. Pandai menjaga waktu (Harishun 'Ala Waqtihi)
8. Teratur dalam segala urusan (Munazhzhom Fi Syu'unih)
9. Berdikari (Qaadirun 'Alal Kasbi)
10. Bermanfaat bagi orang lain (Nafi'un Li Ghairihi)

No comments:

Post a Comment