Pages

March 11, 2016

Burdening others unknowingly. Have you been doing it?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ~

Kita jalan, jalan, jalan. "Eh ada poster event. Hmm macam best la event ni. Tapi tak tau lah free ke tak tarikh ni. Ada apa-apa ke ek? Hmm takpelah daftar je dulu. Bukannya kene bayar terus pun. Bayar masa hari pendaftaran." *ketakketukketakketuk dah daftar*

Esoknya.
"Eh masa event tu ada kelas lah. Tak dapat nak pergi event tu. Hmm takpelah kut. Bukannya aku dah bayar pun. Dah takde rezeki nak pergi, nak buat macam mana kan.."


TETT ! Apa silap orang atas ni? Takde silap? Cuba baca balik betul-betul. Baca lagi sekali. Tak jumpa jugak silapnya? Haha. Betul, dulu aku pun rasa macam xde salah. Dulu...

Ya akhi ya ukhti saudara saudari yang saya hormati dan kasihi sekalian. Kalau tak jadi nak pergi, walaupun x bayar lagi, tolong lah inform pihak organizer. bukanlah nak menyusahkan engkorang ke apa, cuma harap boleh jadikan culture untuk inform organizer kalau x jadi. Kenapa? Sebab daripada registration kau lah diorang budget makan, budget tempat, budget hadiah, budget doorgift ke tshirt ke, ape-ape lah.

Dah tu apa masalahnya. Aku sorang je kot. Nak kecoh. Tak perasan pun lah kalau aku tak datang.

Ye. Betul. Setuju sangat dengan kata-kata saudara. Tetapi masalahnya, yang buat macam ni bukan awak sorang je tau. Kalau lah ada lagi 20 orang macam awak, naya organizer. At least kalau bagitau, organizer boleh la ubah apa2 budget yang sempat ubah, boleh fikirkan apa nak buat dgn yang lebih-lebih barang tu. Tu tak kira lagi dgn ajk2 yang bertugas tercongok dekat tempat registration 2 3 jam takut ada yang masih nak daftar. Biasanya memang kene sertakan nombor telefon masa isi registration form tu. Tapi kesianlah mereka nak kene call satu-satu nombor yang x daftar lagi, dengan x angkat lagi.

Kesiankan diorang? Haaaa. Cuba teka what can make it worse? If the event is not a one-day event but a 3-days-2-nights event. Haha yang ni, rasanya organizer sakit lebih sikit la. Dengan dah setel penginapan, makanan membazir, activity ada yang cancel. Daripada ikhlas nak uruskan program dengan bersemangat, dah jadi fed up dah.

Tak payah fikir event besar-besar lah. Kem kepimpinan sekolah la contohnya. Cikgu dah target nak 80 orang peserta. Lepas cikgu bukak registration, uish alhamdulillah 2 hari lepas umum, dah penuh tempat. Cikgu pun consider nak mudahkan murid "Saya akan tunggu selepas perhimpunan setiap hari. Kalau ada yang nak bayar jumpa saya." Seminggu sebelum hari event, ada ramai lagi x bayar. cikgu pun announce "Tak pe, Cikgu izinkan awak bayar pada hari kejadian." Murni niat cikgu nak mudahkan murid. Biasalah, cikgu dah berumur, dia faham. Tuptup. Eh 2 hari sebelum event berduyun-duyun orang cakap x boleh pergi. "Laah kenapa x bagitau awal-awal?" awak sengih je. Cikgu pun senyum je "Takpelah."

Penat cikgu tercongok lepas perhimpunan hari-hari, berminggu-minggu. Mana pulak cikgu nak cari peserta ganti? Lagi 2 hari, kau rasa? Baju dah setel, penginapan setel, makanan setel. Haha aku pulak yang stress fikir. Kesian dekat cikgu. Kalau betul-betul last minute tak boleh pergi xpe. Masalahnya yang memang dah lama x jadi nak pergi tapi takut nak bagitau cikgu sebab xde orang teman. Lagi teruk lagi bila lepas tu gi hasut kawan-kawan xnak bagi pergi. Haa hasut ramai-ramai, pastu gi jumpa cikgu 8 orang sekali gus, 2 hari sebelum event. Aku ketuk kau kang. Cikgu tercongok tunggu kau bayar hari-hari, kau duk sibuk menghasut orang. Kesian cikgu.

Aku respect sangat semua cikgu dalam dunia ni. Lagi-lagi cikgu Malaysia. Bukan mudah okey, menyusun tangga ke angkasa, uuyeh. Eh? Tapi betul, cuba tanya mana-mana cikgu awak, susah x jadi cikgu. Kalau malu nak bertanya, cakap terima kasih xpe dah. Malu nak cakap? Bagi hadiah masa hari guru setahun sekali pun okey dah. Tak mampu? Doa lah. Mudah. Free je. Takyah tunggu dalam masjid la. Sebelum tido pun boleh doakan semua yang dah berjasa. Okey?



Ohohoi. Setelah melibatkan diri dalam beberapa program, jadi sebahagian daripada ahli penganjur, macam terlebih emo pulak bab-bab ni. Hargai orang lain okey. Kita bukan hidup sorang dalam dunia ni. Kalau kau hidup dekat pulau sorang-sorang, xpe lah, Aku xleh nak kata apa. Selagi ada orang dkt sekeliling kita, permudahkan mereka. Jangan ingat benda kecik-kecik ni xde makna okey. Allah x abaikan kebaikan walaupun kecil. Dan Allah x abaikan keburukan kita, walaupun kecil.

Lastly, nak kongsi satu ayat yang aku pernah baca, yang pernah menyentuh hati saya, dan mungkin akan menyentuh hati awak, awak dan awak jugak.

"Allah never fail to value every second of our life. Then, what are we doing now at this second?"

Kalau kita berjaya tanam habit zikir atau istighfar dalam hati kita setiap masa, setiap saat kita dalam hari-hari kita adalah pahala. Subhanallah. Aku pun masih mencuba. Jom try sama-sama. :)

Assalamualaikum. :D

No comments:

Post a Comment