Pages

November 24, 2012

holiday post 6: random story (sambungan)

assalamualaikum and hai ^^

baca sini dulu yew----> SINI LAH

sejak sumi2 dapat tahu kawan dan jirannye couple, dia dah tak ceria macam biasa bila dia hang out dengan marie. bukan jeles ke apa cuma dia banyak memikirkan tentang ketidakjujuran marie. dia asyik fikir kenapa marie tak bagitahu dia. sekarang, dia tak banyak bercakap bila bersama-sama dengan marie. biasanya, huih bukan main lagi mulut dia bekerja. nafas tak tak cukup pun pot pet pot pet lagi. memang dasyatlah kebolehan mulut sumi2 ni. tapi lately mulut dia macam dah kene shut down. marie perasan lah perubahan kawan kesayangan dia ni. dia pun tanya.

marie: sumi2, awak kenapa ? lately kita tengok awak macam ada masalah je ? cerita lah~ i boleh je dengar masalah u *mata kelip-kelip*

sumi2: hmm.. marie~ kita nak tanya awak something boleh ?

marie: (nampak muka sumi2 serious, dia pun baru nak serious) hmm.. tanyalah. kita jawab mana yang boleh.

sumi2: mmm.. awak ada rahsiakan apa-apa tak dari kita?

marie: (dia dah tahu ke? macam mana dia boleh tahu ni)

sumi2: marie ? awak dengar tak kita tanya ?

marie: awak dah tahu eh pasal kita dengan dia?

sumi2: edward? tahu dah. kenapa awak tak bagitahu kita? lama-lama kita tahu jugak sebab edward tu kan jiran kita. kita sepatutnya orang pertama yang tahu tau.

marie: eh!? kejap kejap. edward tu jiran awak ke? oh. awak tahu ni daripada dia lah.

sumi2: mestilah ! dia kan jiran kita..

marie: laaah. benda ni ke yang buat awak jadi lain macam ? hehehe. kita sorry eh. lain kali klau ada apa-apa, guarantee awak  orang pertama yang kita bagitahu. 

sumi2: heeee~ okey ! kemaafan diberi !

marie: yeay! sebab tu kita sayang awak !

sumi2: tapikan, macam mana awak boleh contact dengan si edward ni ? kita serious tak syak apa-apa. awak macam xde pape je 

begitulah macam mana segala misteri yang bermain dalam otak sumi2 diselesaikan. bak kata inspector james, MYSTERY IS SOLVED ! siapa inspector james? aku pun tak tahu. ahak-ahak.

back to the story...
marie ceritalah semua benda yang sebenarnya jadi. rupa-rupanya, marie ni dah lame dah usya edward ni. memang marie ada bagitahu dekat sumi2 yang dia dah tercrush dekat edward tapi sumi2 tak ambil serious lah mase tu sebab biasanya, kalau dyorg suke2 je bila sebut pasal crush ni. macam mana edward ni boleh sedar 'kewujudan' marie ni ?

peristiwa tersebut berlaku ketika awal pagi di sekolah. ketika itu, kelas edward sedang bermain bola kerana ketika itu waktu pendidikan jasmani. kebetulan pula ketika itu marie lalu di tepi padang seorang diri on the way nak ke toilet.. tiba-tiba dia ternampak edward ni sedang bermain bola, ape lagi.. dia mula lah bukak langkah berani+tak tahu malu. dia menjerit EDWAAAAARD ! lalu melarikan diri ke tandas untuk menyembunyikan rasa malu. walaubagaimanapun, kawan-kawan edward nampak dan kenal gerangan suara tersebut.

keadaan di padang

edward: perempuan mana panggil aku pun? x nampak pun orangnye
kawan1: alaah. suara tu tak payah tengok muka pun dah kenal siapa. tu mesti marie.
edward: marie mana? aku tak pernah kenal pun.
kawan2: kau dah kenapa? budak kelas pertama tu. aish kau ni. dia suka kau ke? kau contact dengan dia ke? fuyyooooo! dasyat ah kau
edward: aku kenal dia pun tidak. =.=' dia ok tak ? cun ?
kawan1: haih. hot stuff tu.. melepak gila kot! pandai plak tu. dia kawan dengan sumi2 yang comel tu. kenal tak?
edward: sumi2!? dia jiran aku je. mana tak kenalnye! kejap eh. aku nak gi follow marie. dia mesti nak pergi tandas punya tu. aku tunggu dia kt kantin ah. nanti mesti dia lalu masa nak balik kelas. kau ikut aku jum. aku tak kenal muka dia.
kawan1: baik bos ! ^^

keadaan di toilet

marie: ya allah... ape aku dah buat tadi? aish. malu gilaa! macam mana lah boleh menjerit tiba-tiba. aduhh. mulut aku ni memang belacan laah! haih. tapi dia tak nampak kot muka aku.
  
marie keluar tandas dan menuju ke kelas. dia ternampak edward yang tadinya berada di kantin tiba-tiba  berlari menuju ke arah dia. secara automatik, kaki marie terus bergerak sendiri, berlari selaju lajunya. haih. 

"kenapa aku lari? buat tak tahu je. dia kan tak nampak muka aku tadi. tapi kenapa dia kejar aku? hmm.. berhenti jelah." dia berhenti. pusing belakang. edward yang dari tadi memfollow dia secara rapat dengan speed yang tinggi, tak sempat brek lalu DAAAANG ! masing2 diaugerahkan benjol sorang satu di dahi.

"aduhh!" jerit edward..

masing-masing minta maaf dan berdiri. pandangan mereka bertemu. keadaan menjadi awkward gilaa disitu. masing2 tak tahu nak cakap apa. edward yang femes kononnya disebabkan sifat kejantanannye pun tersipu-sipu malu. huih. runtuh ego =.='

bersambung....

assalamualaikum ^^


No comments:

Post a Comment