Pages

August 15, 2012

Fizo omar, Shah Jaszle and Megat in school :)

assalamualaikum and selamat sejahtera !

banyak benda jadi hari ni. mentang2 la hari ni hari terakhir sekolah. hee~ act, esok still ada skolah lagi but biasaaa lah. buat  cuti sendiri :) <---dont try this at home *kecink2*
aku balik kampung selepas sahur esok~ so, dimaafkan lah kaan ? ihik2 (gelak comel)

so, first thing first.

mula2 pagi tadi kat sekolah ada Majlis Khatam Quran. Saya dinobatkan sebagai pelajar penampilan mithali. ihik2. okey, saya benarkan anda muntah dalam masa 5 saat.
5
4
3
2
okey cukup !

next ! ada drama dalam kelas :D ada sedikit salah paham antara kawan2 aku. and bila dyorg start meninggi suara, aku bediri antara mereka dan suruh mereka stop. (gempak en?). n dyorg ikut cakap aku! aku pun tekejut gak sbb biasanya orang yg tgah marah ni susah nak diberhentikan. alhamdulillah la kawan2 aku ni still dapat kawal diri. aku risau jgak kene baling dr tingkat 4 tu. aku ni ringan je. bila-bila masa je dyorg boleh cmpak. (serius aku terbayang aku kena campak.)
setelah mereka diberhentikan, aku pulak yang emo lebih. TERmenangis lah pulak (sengal aku ni). sbb kita kan dah kawan lama. kenapa baru sekarang nak bergaduh jerit2? kalau memang tak tahan tgok muke seseorang tu, jangan berhubungan lansung. pendapat aku je lah. maybe korang rasa alasan ni macam tak cukup kuat sampai menangis bagai. (memang x patut nangis pun). bukan salah sesiapa. aku just tak suka kawan2 aku bergaduh n berpecah belah. (runtuh ego aku menangis kat sekolah =.=')

next thing, fizo omar, shah jaszle and megat datang sekolah. megat siapa ? aku pun tak kenal. mereka2 kata dia ni famous kat twitter. 'oh' je yang mampu aku balas. kenapa datang sekolah aku ? dyorg ade shooting. aku tak tau kenapa sekolah aku yang dipilih. rumah dyorg dkat area sini ? tak mungkin 0.0 aku tak tau dyorg shoot filem ke, drama ke, aku just tahu dyorg shoot cerita JULIA yg katanya akan disiarkan di tv3.

korang rasa apa jd kat budak2 skolah kitorg ? huh ! menjerit jangan kata lah. memang riuh la. sian cikgu2. aku sebagai murid yang baik, patuh, hebat, awesome, lagi comel ni duduk dalam kelas je. (boleh muntah sekarang) aku pun tak tahu kenapa. maybe sebab aku rasa kalau aku ikut dyorg kejar retis2 tu, aku tak ikut ke, sama je. sekolah still akan bising kalau aku duduk dalam kelas je. retis2 still akan dapat smbutan peminat kalau aku duduk dalam kelas. lain lah kalau tiba2 fizo omar kata "eh? mana dina ni? tak tengok aku ke?". haha! berangan lah kau dina~ btw, kita kan perempuan. tak baik kejar lelaki.
(pelajar penampilan mithali la katekan.. haptuih!)

hurm... itu je kot yang boleh dikongsi. btw, selamat hari raya semua! maaf zahir dan batin ^^ especially kepada mereka2 yang mengenali diri ini. jangan main mercun ! kalau nak main jugak, jangan over sangat. limit2kan okey ? salam sayang dari dina (runtuh habis ego aku)

sekian, assalamualaikum and may peace be upon you !

mekacehh daun keladi, lain kali mai la sini lagi

3 comments:

  1. wah..beznyer retis datang skolah..
    -done follow u!

    ReplyDelete
  2. wah..beznyer retis datang skolah..
    -done follow u!

    ReplyDelete
  3. :D alhamdulillah la. thanks follow ^^

    ReplyDelete