Quranic Tafseer Class (QTC) in CUCMS
Assalamualaikum and good day everyone.
QTC hari ni yang disampaikan oleh prof latiff sangat menyayat hati. I love it how he always makes a heavy topic seems light. Mudah diterima. Tepat ke hati. Mesej sampai. Tajuknya?
"The purpose of life". Macam beratkan?
But it was not. He delivered the topic in a very simple way. Hanya dengan menjawab 3 soalan mudah. I believe when I list down the questions, some of you goes "Alaah cliche sangat soalan"
Aku listkan jugak.
Tiga persoalan asas.
1. Dari mana kita datang?
2. Apakah tujuan hidup kita?
3. Ke mana kita akan kembali?
2. Apakah tujuan hidup kita?
3. Ke mana kita akan kembali?
Sabar. Betul, cliche. Teruskan membaca.
Here are the elaborations.
Here are the elaborations.
1. Dari mana kita datang?
a. Saripati air yang hina (At Taariq 86 : 5-7)
maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan. Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim) - yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.
b. Jannah/Syurga ialah kampung asal kita (Al Baqarah : 30)
Eh? Kita asal syurga? Hahaha. Kenapa? Terkejut ke? Terkejut macam mana makhluk yang asal dari syurga boleh jadi banyak dosa macam kita ni? Kan? Betul jugak. Macam mana kita yang banyak dosa ni rupa-rupanya berasal dari syurga. Adam dan Hawa asal dari syurga. kita cucu cicit Adam. Syurga tu kampung kita, sahabat. Goal kita dekat dunia ni, sepatutnya nak balik kampung yakni syurga. Sepatutnya lah. Tapi kita lupa. Selalu sangat lupa. Mula cintakan dunia. Tak nampak dunia ni persinggahan sementara. Hmm.. Sama dengan orang yang menaip ni. Muhasabah muhasabah.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi:. Mereka bertanya (tentang ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
Tak payah nak cakap orang lain lah. Tengok diri sendiri dulu. Kadang-kadang saat kita di ambang kejatuhan Iman, aktiviti seharian macam tak tahu beza dosa pahala. We all had our phase. "The Dark Phase" if I may. Kadang-kadang sehari dua. Kadang-kadang sampai sebulan setahun pun ada. Lepas tu, sedar insaf bertaubat. Haaa baguslah tu. Yang tak bagusnya bila kita kata "Aku ni dah banyak sangat dosa. Bertaubat pun tak guna." Nauzubillah, Bisikan syaitonirrojim tu! Baca balik atas tadi. Kampung kita apa? ... Sekali lagi, kuat sikit sebut. Kampung kita apa? Syurgaa! Kampung saya, awak, awak dan awak. Jadi, tak nak balik kampung kita balik? Pintu taubat sentiasa terbuka selagi nyawa belum di hujung tanduk (eh?) dan selagi matahari masih terbit dari timur. Jadi, bertaubatlah.
Allah yang jadikan kita tak sempurna. Allah tahu dah kita akan buat dosa hari-hari, setiap saat lupa diri. Sebab tu banyak kali sebut dalam alQuran, suruh kita kembali kepada Allah. Banyak kali sebut Allah Maha Pengampun. So... tunggu apa lagi. Jangan hesitate nak bertaubat. Allah rindu tu. Allah rindu awak. Allah rindu kita, hambanya.
c. Di alam rahim: Kita pernah bersumpah bahawa Allah ialah Tuhan kita
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap ruh mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul, (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)." (Al A'raf : 172)
2. Apakah tujuan hidup kita?
Kemarahan Allah kepada mereka yang mengira Allah ciptakan mereka untuk main-main sahaja
(Al Mukminuun : 115-116)
Tujuan Hidup Kita
a. Menjadi hamba Allah (51 : 56)
b. Di Uji - Siapakah melakukan amalan terbaik (Al-Mulk : 2)
c. Menjadi khalifah di muka bumi
i. Make myself better
ii. Make others better
iii. Make this world a better place
d. Menjadikan Islam cara hidup yang paling dominant (Al Fath 48 : 28)
e. Hilangkan segala "fitnah" dan menjadikan Deen (Agama) itu semata-mata bagi Allah
(Al Anfaal 8 : 39)
3. Ke mana kita akan kembali?
a. Alam Barzakh
b. Padang Mahsyar
c. Peluang untuk masuk Syurga tanpa hisab
(Az Zumaar 39 : 73-76)
d. Syurga yang ultimate - Jannatul Firdaus
e. Masuk syurga tanpa hisab
DOA UNTUK DIJADIKAN AMALAN
"Allahumma Adkhilna Jannatal Firdausi Bighairi Hisab"
Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga Firdaus tanpa dihisab